This is my topic for today.
usrah help me more :)
Definisi Cinta
Imam Ghazali dalam kitab Al-Ihya membawakan riwayat bahawa Ibnu Umar r.a pernah berkata, : Demi Allah, seandainya aku infakkan seluruh hartaku di jalan Allah, lalu aku berpuasa di siang hari tanpa pernah berbuka dan slat malam tanpa pernah tidur, kemudian aku bertemu dengan Allah, namun aku tidak mencintai para pelaku ketaatan dan tidak membenci para pelaku kemaksiatan, maka aku khuatir jika Allah kelak akan menelungkupkan wajahku di dalam neraka.”
“Demi Allah, kalian tidak akan masuk syurga sehingga kalian beriman. Tidak sempurna keimanan kalian sehingga kalian saling mencintai. Adakah kalian mahu aku tunjukkan sesuatu, yang mana jika kalian melakukannya nescaya kalian akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kalian.” (HR. Muslim).
Wahai Rasulullah, bagaimana jika ada seseorang yang mencintai suatu kaum tapi tidak mampu beramal seperti mereka? Rasulullah SAW bersabda, “Engkau wahai Abu Dzar, akan bersama siapa sahaja yang engkau cintai.” Abu Dzar berkata; maka aku berkata, “Sungguh, aku mencintai Allah dan RasulNya.” Abu Dzar mengulanginya sebanyak satu atau dua kali.
Hadis Muadz bin Anas Al-Jahni bahawa Rasulullah SAW bersabda: “ Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, dan menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.” (HR. Al-Hakim).
Bahagian Cinta:
Cinta terbahagi kpd dua:
1) cinta yang bersifat fitri jibilli (fitrah manusia diciptakan mempunyai perasaan cinta)
2) cinta yang bersifat sababi kasbi ( hasil usaha manusia sendiri)
1) Cinta ftri jibilli, seseorang tidak dicela kerananya. Allah mmg telah menciptakan atas fitrah mcm tu, contoh mudah kecintaan seseorang terhadap harta, anak, isteri, sahabat2.
Contoh: - Allah berfirman: “dan carilah di dalamnya apa yang Aku datangkan kepadamu di neeri akhirat dan janganlah kamu lupa nasibmu di dunia.” Ayat ni antaranya menjelaskan untuk kita seimbangkan antara dunia dan akhirat dan mengharuskan untuk mencari harta dunia selagi mana kita tidak lalai dari mengejar “harta akhirat.”
- Seseorang yang telah bernikah. Fitrah baginya untuk mencintai suami/isteri.
2) Jenis cinta yang kedua yang selalu kita keliru. Sababi kasbi iaitu cinta iradi (kehendak dan pilihan manusia sendir), di mana Allah akan menghisab manusia atas cinta ini jika ia smpai memalingkannya untuk selain mencari keredhaan Allah. Contoh paling mudah bila mana dengan iradah (kehendak) kita sendiri, kita mencintai seseorang yang bukan mahram. allah akan menghisab jika cinta itu memalingkan diri kita selain dari mencari keredhaan Allah (dengan jalan pernikahan) atau sebaliknya.
“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah lah tempat kembali yang baik (syurga). (Al-Imran:14)
Allah sebut dalam surah Al-Imran ni antara perkara2 yang menjadi kecintaan manusia dan sesiapa yang m’curahkan seluruh kecintaannya pd perkara2 itu sehingga m’hambakan diri kepadanya maka seseorang tu tidak akan mendapat pahala walau sedikit pun dr Allah.
Ada sesetengah orang yang lebih m’cintai makhluk melebihi cintanya pd Allah. Tandanya bila mana kita mendahulukan tuntutanyna sekalipun dalam hal maksiat daripada tuntutan Allah.
Sebahagian salafussoleh ada mengatakan, “ Janganlah kamu mudah menyatakan cinta kpd Allah dgn lidahmu, lalu kamu mengaku sudah mencintaiNya.”
Situasi ini rasanya semua orang pernah alami. Kita mudah katakan kita cintakn Allah tapi kita buat apa yang Dia larang, kita tinggalkan apa yang Dia suruh. Jadi macam mana yang boleh kita kata kita mencintaiNya? Apabila kita cintakan seseorang, kita akan sedaya upaya untuk puaskan hati dia, ikut kehedank dia, apa yang dia tidak suka, kita tidak akan buat dan apa yang dia suka, kita akan selalu buat. Kenapa tidak kita aplikasikan konsep yang sama dalam mencintai Allah? Allah berfirman tidak aku ciptakan manusia dan jin melainkan utk beribadah kepadaKu. Konsep ibadah itu terlalu luas dan slh satunya amar ma’ruf nahi munkar dan itu antara tanda kita mencintaiNya. Taat pd perintahNya, tinggalkan laranganNya, sntiasa b’zikir menyebut asma’Nya, sentiasa rindu bertemu denganNya.
Antara tanda2 orang yang mencintai adalah mengikut apa yang menjadi kecintaannya dan menjauhi apa yang tidak berkenan di hatinya,
Ada sekumpulan mengunjungi Syaikh Syibli. Ia bertanya, “ Siapa kamu?” mereka menjawab: “kami ialah para pencintamu.” Syaikh Syibli lalu mengambil beberapa ketul batu lalu dilemparkan kepada mereka sehingga mereka lari ketakutan. Lalu Syibli berkata: “ Hai, kenapa kamu lari. Katanya cinta kepadaku? Kalau kamu benar2 cinta kepadaku, pasti tidak lari tunggang langgang begitu lantaran takut kepadaku.”
Dalam atsar ahlul kitab disebutkan Allah berfirman, “Sungguh telah berdusta orang yang mengaku cinta kepadaKu. Ketika tiba waktu malam, dia enak tidur tanpa mempedulikanKu dan juga tidak bangun utk bermunajat kepadaKu.”
Cinta kepada Allah dan RasulNya merupakan tuntutan yang paling tggi, tujuan yang paling besar dan peringkat ubudiyah yang paling agung.
Definisi Cinta kerana Allah
Cinta kerana Allah adalah mencintai hamba Allah kerana keimanannya dan ketaatan kepada Allah.
“Sesungguhnya kelak pada Hari Kiamat Allah akan berfirman, “Di mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini Aku akan memberikan naungan kepadanya dalam naunganKu di saat tidak ada naungan kecuali naunganKu”
Sesiapa pun tidak akan merasakan manisnya iman, sehingga ia mencintai seseorang hanya kerana Allah semata. (HR. Bukhari).
Antara lain: Cuba menjadi hambNya yang terbaik selagi nyawa dkandung badan, beramal ibadah demi mencapai keredhaanNya, melakukan sesuatu semata-mata hanya kerana Allah dan untuk mencapai redaNya, mendekati seseorang yang sentiasa mengingatkan kita kepada Allah, membawa orang yang kita sayang ke syurga dan lain2.
Manifestasi Cinta kerana Allah
1. Disunnahkan orang yang mencintai saudaranya kerana Allah untuk memberitahukan cintanya kepada orang yang dicintainya. Abu Dawud dan At-Tirmidzi meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: “Jika seseorang mencintai saudaranya kerana Allah, maka kabarkanlah bahawa ia mencintainya.”
Batasan pada hadith ni bukan rasa cinta itu bukan diungkapkan kepada pasangan2 yang bukan mahram dan yang belum halal (couple) melainkan andai betul2 berniat untuk menikahinya.
2. Disunnahkan mendoakan saudara yang dicintainya ketika tidak bersamanya. Diriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: “Barang siapa yang mendoakan saudaranya pada saat ia tidak bersamanya, maka malaikat yang diamanahkan untuk menjaga dan mengawasinya berkata, “Semoga Allah mengabulkan; dan bagimu semoga mendapat yang semisalnya.” (HR. Muslim).
3. Disunnahkan meminta doa dari saudaranya. Abu Dawud dan Tirmidzi meriwayatkan bahawa Umar bin Khatab berkata: Aku meminta izin kepada Nabi SAW untuk umrah, kemudian beliau memberikan izin kepadaku dan bersabda: “Wahai saudaraku, engkau jangan melupakan kami dalam doamu.”
4. Disunnahkan mengunjungi orang yang dicintai, duduk bersamanya, saling menjalin persaudaraan, dan saling memberi kerana Allah, setelah mencintaiNya. Imam Muslim telah meriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya ada seseorang yang mengunjungi saudaranya di kota lain. Kemudian Allah memerintahkan Malaikat untuk mengikutinya. Ketika malaikat sampai kepadanya, ia berkata, “Engkau hendak ke mana?” Orang itu berkata, “Aku akan mengunjungi saudaraku di kota ini.” Malaikat berkata, “Apakah ada hartamu yang dikelola olehnya?” Ia berkata, “Tidak ada, hanya saja aku mencintainya kerana Allah.” Malaikat itu berkata, “Sesunggunya aku adalah utusan Allah kepadamu. Aku diperintahkan untuk mengatakan bahawa Allah sungguh telah mencintaimu sebagaimana engkau telah mencintai saudaramu itu kerana Allah.” 5. Senantiasa berusaha membantu memenuhi keperluan saudaranya dan bersungguh-sungguh menghilangkan kesusahannya. Hal ini berdasarkan hadis Mutafaq 'alaih dari Ibnu Umar, Rasulullah SAW bersabda: “Seorang muslim adalah saudara bagi muslim yang lain, ia tidak akan menzaliminya dan tidak akan membiarkannya binasa. Barangsiapa berusaha memenuhi keperluan saudaranya maka Allah akan memenuhi perluannya. Barangsiapa yang menghilangkan kesusahan dari seorang muslim maka dengan hal itu Allah akan menghilangkan salah satu kesusahannya kelak di Hari Kiamat. Barangsiapa yang menutup aib seorang muslim maka Allah akan menutup aibnya di Hari Kiamat.”
6. Disunnahkan menemui orang yang dicintai dengan menampakkan (menzahirkan) perkara yang disukainya untuk menggembirakannya. Diriwayatkan oleh Thabrani dalam kitab As-Shagir, Rasulullah SAW bersabda: “ Barangsiapa yang menemui saudaranya yang muslim dengan menampakkan perkara yang disukainya kerana ingin membahagiakannya, maka Allah akan memberikan kebahagiaan kepadanya di Hari Kiamat.”
7. Disunnahkan seorang muslim menemui saudaranya dengan wajah yang berseri-seri. Diriwayatkan dari Abu Dzar, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: “ Janganlah meremehkan kebaikan sedikit pun, walau sekadar bertemu dengan saudaramu dengan wajah yang berseri-seri.” (HR. Muslim).
8. Disunnahkan seorang muslim memberikan hadiah kepada saudaranya, berdasarkan hadis bahawa Rasulullah saw bersabda: “Kalian harus saling memberi hadiah, maka kalian akan saling mencintai.” (HR. Bukhari).
9. Disunnahkan menerima hadiah yang diberi saudaranya dan membalasnya. Dasarnya adalah hadis daripada Aisyah riwayat Bukhari, ia berkata: “Rasulullah SAW pernah menerima hadiah dan membalasnya.
“Termasuk memberikan balasan hadiah yang setimpal adalah jika seorang muslim mengatakan kepada saudaranya, “Jazakallah Khairan”, ertinya semoga Allah membalasmu dengan kebaikan.
10. Harus berterima kasih kepada orang yang telah memberikan kebaikan kepadanya. Diriwayatkan dari Nu’man bin Basyir, ia berkata; Rasulullah SAW bersabda:” Barangsiapa yang tidak mensyukuri nikmat yang sedikit, maka ia tidak akan dapat mensyukuri nikmat yang banyak. Barangsiapa yang tidak dapat bersyukur kepada orang, maka ia tidak akan dapat bersyukur kepada Allah. Membicarakan nikmat Allah adalah sama dengan bersyukur. Dan tidak membicarakan kenikmatan bererti mengingkari nikmat. Berjemaah adalah rahmat, bercerai berai adalah azab.”
Pengurusan Cinta
Bagaimana mengurus cinta? Apa prioriti cinta kita?
Urutan tertinggi perasaan cinta adalah kepada Allah SWT, kemudian kepada Rasul-Nya . Cinta pada sesama makhluk diuruskan sesuai dengan firman-Nya iaitu:
- kedua orang ibu-bapa,
- kaum kerabat ,
- harta, tempat tinggal, dan kekuasaan
Katakanlah: "Jika bapa-bapa , anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalan nya, Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan Keputusan NYA". dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.( At-Taubah:24)
“Dan kamu mencintai harta benda dengan kecintaan yang berlebihan.” (Al-Fajr:20)
- anak-anak yatim,
- orang-orang miskin,
- ibnu sabil dan hamba sahaya.
“Ketahuilah, Sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang[613], Maka Sesungguhnya seperlima untuk Allah, rasul, kerabat rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnus sabil.....” (Al-Anfal:41)
- jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh,
“Sembahlah Allah dan janganlah mensyirikkan-Nya dengan sesuatu dan berbuat baiklah kepada kedua ibubapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang miskin , jiran tetangga yang berhubungan dekat atau yang jauh dan rakan teman..” (An-Nisa : 36).
- rakan sekerja (sahabat2),
Tanda-tanda Cinta
Antaranya adalah memperbanyakkan bermunajat, mendirikan solat sunat, membaca al-Quran dan berzikir kerena dia ingin selalu bersama dan mencurahkan semua perasaan hanya kepada-Nya. Apabila Sang Khaliq memanggilnya melalui suara azan maka dia bersegera menuju ke tempat solat untuk berjumpa dengan-Nya. Bahkan bila malam tiba, dia ikhlas bangun tidur untuk berduaan (berkhalwat) dengan Tuhan kekasihnya melalui solat tahajjud.
Seseorang tidak akan memiliki kebaikan, meraih kemenangan, merasakan kenikmatan dan kesenangan hakiki kecuali mengesakan cintanya kepada Allah SWT semata, dan Allah lebih dicintainya daripada yang lainnya” ( Ibnu Qayyim al-Jauziah)
Imam Al-Ghazali pernah menyatakan; “ Sesiapa mengaku berada dalam 3 perkara tetapi tidak berada padanya jelas ia telah berdusta:
1) Orang yang mengaku dirinya cinta syurga tetapi tidak menjalani ketaatan kepada Allah
2) Orang yang mengaku cintakan nabi tetapi tidak mencintai ulama dan orang2 miskin
3) orang yang mengaku takut kepada neraka tetapi suka melakukan kemaksiatan
Dalam sebuah syair dr Rabiatul adawiyah yang kita semua sedia maklum tentang kekuatannya dengan mengabdikan diri kepada Allah semata2.
“ Kau bermaksiat kepada Allah tetapi menyatakan cinta demi umurku itu analog yang jauh kalau cintamu benar pastilah kau mencintaiNya
Kesimpulan
Semoga dengan melaksanakan petunjuk Rasulullah SAW dalam mencintai seorang hamba keranaNya, kita dicintai Allah SWT sebagaimana hadis dari Umar bin Al-Khathab, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Allah mempunyai hamba-hamba yang bukan nabi dan bukan syuhada, tapi para nabi dan syuhada tertarik dengan kedudukan mereka di sisi Allah. Para sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, siapa mereka dan bagaimana amal mereka? Semoga saja kami dapat mencintai mereka.” Rasulullah SAW bersabda, “Mereka adalah suatu kaum yang saling mencintai nikmat dan kurnia yang diberikan oleh Allah. Mereka tidak memiliki hubungan nasab dan tidak memiliki harta yang mereka kelola bersama. Demi Allah keberadaan mereka adalah cahaya dan mereka kelak akan ada di atas mimbar-mimbar dari cahaya. Mereka tidak berasa takut ketika banyak manusia berasa takut. Mereka tidak bersedih ketika banyak manusia bersedih.
Rasulullah SAW bersabda : “Cintailah siapa yang ada di bumi supaya kamu akan dicintai oleh makhluk yang berada di langit “ (Riwayat Tabrani)
Kamu tidak akan beriman sehingga kamu berkasih sayang. Mereka berkata : “Kami semua pengasih” Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya bukanlah mengasihi seorang sahabatnya sahaja, akan tetapi membawa rahmat kepada manusia, mengasihi semua manusia”. (Riwayat Tabrani)
'Dan di antara manusia ada orang-orang yang mengambil selain Allah untuk dicintainya; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Sedangkan orang-orang yang beriman amat dalam(taat) cintanya kepada Allah. (2:165)
“ Cinta itu indah,
tapi lebih indah jika disandarkan kepada cinta Allah,
cinta itu fitrah,
tapi jangan sampai menjadi fitnah,
cinta itu anugerah,
tapi hanya jika cinta itu disandarkan dan selari dengan syariat Allah,
Ya Allah,
jadikan rasa cinta, kasih, sayang dan rinduku padaMu dan RasulMu,
melebihi dari cinta, kasih sayang dan rinduku kepada makhluk ciptaanMu.
hasbi Rabbi jallallah ma fi qalbi ghairullah nur muhammad sollallah la ilaha illallah..”
p/s: bagi adik2 yang sering bertanya soal bagaimana mengawal rasa cinta/rindu pada yang bukan mahram. Perasaan pada lelaki ajnabi itu fitrah. Tapi fitrah itu perlu selari dengan syariat Allah. Jangan sampai ia menjadi fitnah. Bila kita jaga hubungan dengan Allah insyaAllah Allah akan jaga hubungan kita dengan sesama manusia. Perasaan cinta itu fitrah dan fitrah itu datang dari Allah. Allah yang hadirkan perasaan tu jadi apa pun kembali pada Allah. Hanya Allah je yang boleh ubah perasaan tu. Contoh perasaan asyik teringat pada dia atau pun perasaan2 lain. Dekatkan diri dengan Allah. Bila kita dapat rasakan nikmatnya cinta Allah, nikmatnya berhubungan dengan Allah secara automatik kita dah tak kisah dengan perasaan2 yang tak sepatutnya. Sibukkan diri dengan perkara2 lain, bila teringatkan seseorang tu lebih dari ingat Allah, zikir la hasbi rabbi jallallah sampai habis berulang2 kali. Cukuplah Allah di hatiku. InsyaAllah hati akan lebih rasa tenang bila kita dapat rasakan Allah sentiasa bersama kita.
sorry its quite long.
tapi ni ilmu kan. :)
0 comments:
Post a Comment