CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »
assalamualaikum.. ahlan wasahlan.. thanks for dropping by.. enjoy your reading yeahh..

empunya diri :)

My Photo
ieda anak mak
Aku memang tidak pandai, jahil, nakal, suka kacau orang, tiada ilmu dan apa-apa sahaja, tetapi aku harap bila korang baca blog ni, bacalah dengan perasaan rendah diri. Pedulikan sama ada aku yang menulis ni baik atau jahat, jahil atau ilmuwan kerana jika korang tawaduk, korang bukan sahaja boleh belajar daripada orang yang baik dan berilmu tetapi juga daripada orang yang jahat dan dungu. :)
View my complete profile

Monday, April 16, 2012

jawapannya (:


assalamualaikum

“aku dan dia dah putus…”

“kenapa?”

“aku dah x sayangkan dia. pelik bukan.tiba-tiba saja perasaan tu hilang”

“kau pasti dengan keputusan kau.kau x kesiankan dia? dia sayang kau…”

“kesian la jugak. tapi bila aku fikir balik. lagi kesian kalau aku teruskan. aku dah x mampu…”

“buatlah apa yang kau rasa terbaik….”


selepas setahun.

“aku geram. dia tipu aku. lepas setahun baru aku tahu…”

“kenapa? apa yang dah jadi…?”

“dia ada ramai perempuan belakang aku. dia tipu aku.aku rasa pedih. terlalu pedih…”

“kenapa kau pedih. kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”

“entah. mungkin rasa dikhianati. x dihargai.mungkin kalau aku sayang dia. sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka. rabak. koyak. patah….”

“lupakanlah. jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…tidurlah dah lewat…”

“aku tak boleh stop. mata aku x boleh nak lelap .kecewa aku menggunung. otak aku overtime….”

.

beberapa bulan kemudian

“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”

“kau ada jawapan?”

…senyum “ada…mudah.”

“apa dia?”

“bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah.aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat.apa yang jadi dalam hidup aku.dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?”

“kongsi lah…”

“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun.mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku.dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku.sedangkan banyak benda yang aku lalai.hubungan aku dengan Allah aku terabai.”

“maksud kau?”

“aku banyak berfikir.refleksi balik segalanya.cari jawpan pada soalan-soalan aku.aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah.leka dengan cinta lelaki.aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki.aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta.nak tahu sesuatu?”

“teruskan aku dengar…”

“aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah.sekarang aku rasa aku tahu kenapa.aku belum cukup baik.dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah.tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.

Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu.lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”

“so sekarang?”

“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan.selangkah.dua langkah…aku sedang berlari.mendekati Pencipta…”

“lelaki?cinta?”

“hanya yang Halal.janji Allah itu pasti.”

“kau yakin sekarang?rasa lebih baik?”

“alhamdulillah.semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh.cahaya itu yang buat aku bangun.dan ketenangan itu milik aku.sungguh,hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung.aku khilaf.sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.

Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku.mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja.tapi sekarang aku dah sedar,faham tanggungjawab aku.Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini.syukur ”

p/s : Semoga bermanfaat

Sunday, April 15, 2012

aku ingin menjadi seorang hamba yang bersyukur


Orang Islam itu tidak ajaib. Tetapi, orang beriman diiktiraf sebagai menakjubkan. Kenapakah orang beriman mencapai tahap yang menakjubkan?

Hal ini kerana mereka mampu melalui segenap liku kehidupan dengan tabah dan ketenangan.

Rasulullah SAW bersabda: “Sungguh ajaib keadaan orang beriman, sesungguhnya semua urusan mereka berada dalam keadaan baik. Dan tiad ayang memperolehi keadaan ini melainkan orang yang beriman sahaja. Sekiranya dia dianugerahkan sesuatu, dia berSYUKUR. Maka jadilah anugerah itu baik untuknya. Sekiranya dia ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu baik untuknya” Hadith riwayat Muslim.

Dipagi aman dan damai ini, saya teringat sebuah kisah Rasulullah tentang erti syukur.



BAGINDA Rasulullah s.a.w akan menampal sendiri pakaiannya yang koyak tanpa perlu menyuruh isterinya, malah Baginda juga memerah sendiri susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk di jual.

Setiap kali Baginda balik ke rumah dan dilihatnya tiada makanan yang siap untuk dimakan, Baginda tersenyum sambil menyinsing lengan baju bagi membantu isterinya di dapur. Sayidatina Aisyah pernah menceritakan bahawa baginda selalu membantu urusan rumahtangga.

Jika mendengar azan, Baginda akan cepat-cepat berangkat ke masjid dan segera pulang selepas bersembahyang.

Pernah pada suatu pagi Baginda pulang ke rumah dengar lapar sekali. Tetapi dilihatnya tiada makanan untuk dibuat sarapan. Makanan yang mentah pun belum ada kerana Sayidatina Aisyah belum lagi ke pasar.

Lalu Baginda bertanya “belum ada sarapan Ya Khumaira?”. Khumaira adalah panggilan manja untuk Sayidatina Aisyah yang bermaksud wahai yang kemerah-merahan. Sayidatina Aisyah menjawab dengan serba salah “belum ada apa-apa Ya Rasulullah”.

Mendengar jawapan Sayidatina Aisyah, Baginda pun berkata “jika begitu aku berpuasa hari ini” tanpa sedikitpun tergambar perasaan kesal di wajah Baginda.

Sebaliknya Baginda sangat marah sekiranya melihat seorang suami mengkasari isterinya. Pernah diceritakan pada suatu hari Baginda melihat seorang suami memukul isterinya.

Baginda lalu bertanya “mengapa engkau memukul isterimu?”.

Soalan itu di jawab oleh si suami dengan gementar “isteriku seorang yang keras kepala, walaupun telah di berikan nasihat tetapi dia masih berdegil, jadi aku pukul dia”.

Sahut Baginda “Aku tidak bertanya alasanmu tetapi menanyakan kenapa engkau sanggup memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu”.

Pernah Baginda bersabda “sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya”.

Sebenarnya sikap Baginda yang prihatin, sabar dan tawadhuk di dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

.

Pernah pada suatu ketika, Baginda mengimamkan solat, dilihat oleh para sahabat pergerakan Baginda dari satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Malah mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-seolah bunyi sendi Baginda Rasulullah sedang bergesel diantara satu sama lain.

Setelah selesai sembahyang, Sayidina Umar yang tidak tahan melihat Baginda lalu bertanya “Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan hamba sedang menanggung penderitaan yang amat berat, adakah tuan hamba sedang sakit?”.

Lalu baginda menjawab “tidak Umar, Alhamdulillah aku sihat dan segar”.

Umar yang tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut terus bertanya “kalau tuan hamba sihat, kenapa setiap kali menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi tuan hamba sedang bergeselan”.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terperanjat. Perut Baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang mengandungi batu-batu kerikil bagi menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menerbitkan bunyi setiap kali Baginda menggerakkan tubuhnya.

Para sahabat yang tadinya terperanjat terus bertanya “Ya Rasulullah, adakah tuan hamba fikir bila menyatakan lapar dan tiada makanan, maka kami tidak akan membawanya”.

Lalu baginda menjawab dengan lembut “tidak para sahabatku, aku tahu apapun akan kamu korbankan dengan seorang Rasulmu, tetapi apakah yang akan aku jawab di hadapan Allah nanti kerana aku sebagai seorang pemimpin menjadi beban kepada umatnya”.

Baginda menambah “biarlah kelaparan ini menjadi hadiah Allah buatku agar umatku kelak tiada yang kelaparan di dunia ini, lebih-lebih lagi di akhirat kelak”.

.

Sebab itulah Baginda tidak pernah merasa malu walaupun makan di sebelah seorang tua yang miskin, kotor dan dipenuhi dengan kudis.

Kecintaannya yang tinggi terhadap Allah dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri baginda menolak sama sekali rasa ketuanan. Seolah-olah anugerah kemuliaan dari Allah langsung tidak dijadikan alasan untuk merasa lebih daripada orang lain di depan orang ramai mahupun ketika bersendirian.

Walaupun pintu syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk Baginda tetapi Baginda masih lagi berdiri di malam-malam sepi untuk terus beribadah kepada Allah. Pernah Baginda terjatuh kerana kaki-kakinya bengkak oleh sebab terlalu lama berdiri. Fizikalnya sudah tidak mampu lagi menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.

Apabila ditanya oleh Sayidatina Aisyah “Ya Rasulullah, bukankah tuan hamba telah di jamin syurga. Mengapa tuan hamba masih bersusah payah sebegini?”.

Baginda menjawab dengan tenang “Ya Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba. Sesungguhnya aku ingin menjadi seorang hambaNya yang bersyukur.”

salin dan tampal dari : akuislam.com

Thursday, April 12, 2012

husnuzhon ( bersangka baik )

I want to share a story about one of my friend, she's been practicing Law Of Attraction for almost two month before this scenario took place. Recently, she had to fly to oversea for a few days for some reason. Her flight will be departure most probably at 8.00 pm and she have to be there at least one hour before departure. She have already make a preparation a day before, packing up everything, and on that day, her relative sent her to airport in the afternoon. I received her call when she was on her way to the airport.

My Friend : Everything turn upside down! Why this thing happen? even i have focus and give commitment to make everything smooth! What's wrong with my focus? Did i make something wrong?

Me: Why? What happen, be cool..


My friend : Firstly, Only after we past the toll, i realize that i am wearing my old garbage shoes! I have bought a new shoes for this event, but i forgot that I have left it home! I got into the car without changing my shoes!

Me: what? Hahaha...

My friend : Secondly, its my bag! i can't pull the zip! I got a lot of stuff to bring! and i don't wanna leave any single of it...i think now its more than my weight excess limit..may be i have to pay extra for the excess...

Me: (speechless).. Control your emotion..

My Friend : And for my bonus, why must this thing came to me at this moment? Its not the time yet, It should be another week! Do you understand what i mean?

Me: No..I don't

My Friend : I mean menstrual period lol!..its not the time yet!..

Me : owh..sorry...Ok..Ok..can you please calm down? and take a deep breath? And pray to Allah

My Friend : I'm trying..but I'm really frust..anyway thanks for your advice..the phone line is not so good, your voice is breaking up...

and the line cut....and what I can do is to pray for her, may Allah ease her on every situation.

And that night, just a few minute before her flight departure, I got a text message from her..

Hi there, everything is just fine...

1. About my shoes, my dad just bought for me an expensive branded shoes at the airport and Its one of my dream shoes.

2. He also bought me a bigger baggage, only after that we realize that my small bag is only for 3kg. So, after changing the baggage, all my stuff is still below the excess limit.

3. Because of the menstrual period, I don't have to worried about my solat, either to jama' or qasar, God ease me and helped me a lot! Syukur Alhamdulillah. Ok, see you then, and thanks.

So, there is always a good reason and explanation beyond everything that we assume as a bad luck. Be positive, Husnuzhon, and we will be shown..

In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful.

65:2 With that is admonished he who believes in Allah and the Latter Day. And whoever keeps his duty to Allah, He ordains a way out for him,

65:3 And gives him sustenance from whence he imagines not. And whoever trusts in Allah, He is sufficient for him. Surely Allah attains His purpose. Allah indeed has appointed a measure for everything.

(At-Talaq : 2,3)


artikel sepenuhnya dari : iluvislam.com

Wednesday, April 11, 2012

result bagus vs result teruk :)

vs





Result bagus atau Result teruk sekalipun ia tetap sama. Ya, hakikatnya kedua-duanya ialah sama. Kerana keduanya merupakan nikmat. NIKMAT UJIAN.


“result bagus pun ujian? Tak Nampak ker rezeki tuh? Merepek lahh ko nih.”


Oppss, wait wait.


Andai kita renung dalam-dalam, kita pasti dapat menyingkap sesuatu di sebalik kedua-duanya, dari sudut mana ia mempunyai persamaan.




Result bagus, ujian. Kerana apa? Allah nak uji kita, dengan kejayaan yang Dia beri, adakah kita semakin dekat dengan-Nya atau semakin jauh? Allah nak uji, kita bersyukur atau tidak. Realitinya dunia sekarang, ramai orang result bagus. Tapi dia tidak menggunakan ilmu yang dimilikinya.


Result biasa-biasa atau gagal adalah ujian. Semua orang maklum rasanya. Allah beri ujian begini rupa kerana apa? Kadangkala kita merasakan yang usaha kita sudah tahap maximum, tapi tidak cemerlang juga. Sebab, Dia nak uji kita. Bila kita tak cemerlang, tak dapat apa yang kita mahukan, apa tindakan kita? Menyalahkan takdir dan berputus asa atau semakin dekat dengan-Nya? Renungkan.


YANG MANA BUAT SAYA LEBIH BERSYUKUR DAN BANGGA?

A. Murid yang cemerlang dalam peperiksaan awam tetapi lupa asal usul

B. Murid yang sederhana dalam peperiksaan tetapi cemerlang menjadi insan yang soleh

maaf.. di sekolah saya hanya ada dua kategori ini sahaja


Tersentap hati ini melihat ayat ini, status milik seorang pendidikku di lama facebook. Benar. Apa gunanya result bagus, tapi akhlak? Tak perlu nak ulas panjang, semua faham rasanya.


Itulah realitinya dunia kini. Dek sibuk mengejar kecemerlangan, ada sesuatu yang diabaikan. Akhlak, dengan kata lainnya, SAHSIAH. Percayalah, hati seorang pendidik itu bukan mahukan kejayaan semata daripada pelajarnya.


Namun, hati itu lebih gembira andainya pelajarnya itu menjadi seorang ‘orang’, insan, yang dirinya berguna kepada masyarakat, yang mengamalkan ilmu yang dipelajari.


Itulah yang mereka mahukan.


Tidak percaya? Silakan bertanya ^^


Maaf andainya ada pihak yang terasa. Sama-sama kita muhasabah diri. RESULT BAGUS TAPI AKHLAK BIASA-BIASA atau RESULT BIASA-BIASA TAPI AKHLAK BAGUS? You think.


Aku pilih RESULT BAGUS DAN AKHLAK BAGUS, dan yang paling penting DIA REDHA :)

Sunday, April 8, 2012

tinggi nya peribadi wanita









“Awak ambik kos pendidikan Islam...??”


“tak…”
“Habistu??? Aaaa...mesti ambik kos bahasa arab kan…”
“Tak juga, saya kos economics n management sciences la…”

“saya ingatkan ustazah tadi…”

Hmmm... soalan-soalan sebegini selalu diajukan pada mereka yang bertudung labuh… Asal tudung labuh je ingat ustazah, asal pakai tudung labuh je orang ingat pelajar jurusan agama…

Haishhh… ana bukan ustazah, bukan juga anak ustaz.. ana bertudung labuh sebab ana seorang muslimah!!! Iye betul biasanya ustazah yang pakai tudung labuh… Tapi tak salahkan ana
memakai tudung labuh...
Sebagaimana firmannya : "Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)

Ada juga yang menyangka bila seseorang itu bertudung labuh, bermakna alimnya seorang wanita. Hakikatnya tak semua yang bertudung labuh sarat dengan ilmu-ilmu ukhrawi.

"Dahtu kenapa bertudung labuh?"

Awak… Islam menyarankan muslimah untuk bertudung labuh kerana pe
nuh dengan hikmah. Ia bukan sekadar menutupi aurat, tetapi juga melin
dungi diri. Tudung itu sendiri bisa mendidik si pemakainya…

“Eh tudung pun boleh jadi cikgu???”

Boleh dikatakan begitu… cuba anta wa anti bayangkan, agak-agak ada ke wanita bertudung labuh pergi berpesta, pegi disco? Ya kalau ada pun cuma segelintir yang tak tahu malu… Bila bertudung labuh akan lebih menjaga akhlak, yela… takkan yang bertudung labuh nak terlompat-lompat, terkinj
a-kinja tengok konsert, menjerit-jerit macam kena hysteria… kan kalau perangai tak jaga, nanti orang mengata, harap je pakai tudung labuh tapi perangai… Nauzubillah…

Bila jenjalan kat mana-mana jarang lelaki yang berani tegur lebih-lebih, paling tidak pun mereka bagi salam…
“Assalamu’alaikum ustazah… tak jawab dose taw”

Tengok, yang nakal pun tiba-tiba jadi budak baik. Sudah menjad
i fitrah, lelaki kan tertarik pada wanita, dengan susuk tubuhnya yang menggoda, jalan lenggang-lenggok, apatah lagi yang lemah imannya. Kadang-kadang lelaki tertarik mendekati wanita bertudung labuh kerana keindahan akhlaknya. Jadi mereka rasakan mereka perlu berubah tetapi dalam masa yang sama mereka ingin mendampingi wanita yang bertudung labuh yang mungkin boleh membantu mereka dengan ilmu yang wanita itu ada.

“Awak… saya nak berubah jadi budak baik, boleh tak awak awak bimbing saya?”

“Kenapa saya”
“Sebab saya tengok awak alim je”
“Kenapa??? Sebab saya pakai tudung labuh???"

Awak lelaki kalau benar-benar mahu berubah, awak seharusnya cari yang sama jantina dengan awak. Kerana itu lebih terjaga dan jauh dari fitnah. Ramai lagi lelaki yang jauh lebih alim dari saya…
Iye walaupun saya bertudung labuh, tapi belum tentu ilmu setinggi langit. Bukan saya kedekut ilmu, sombong. Setakat ilmu yang ada bolehla kita share kerana ilmu itu bila saya beri ia makin bertambah. Saya juga masih berusaha mencari sebanyak ilmu yang mungkin. Kerana hanya dengan ilmu mampu mengubah seseorang membawa keluar dari kotak kejahilan. Kerana ilmu itu cahaya, penunjuk jalan. Apatah lagi ilmu yang diamalkan, pasti terpancar nur dari dalam hati. Saya juga perlu dibimbing dan tudung labuh ini bukanlah suatu lambang ketinggian ilmu seseorang. Cuma saya cuba jadi yang terbaik, apa yang saya mampu lakukan, saya kan cuba sedaya upaya mengamalkannya kerana indahnya hidup bersyariat.

Dan tak bermakna yang tudung singkat itu sedikit ilmunya, cuma mungk
in masih belum tergerak hatinya untuk berubah kepada yang lebih baik, sama-sama kita doakan..insyaAllah. sekian..................... ;D
*Semoga Allah memberikan kita keimanan yang teguh dalam menjalani hidup yang penuh dengan cabaran di akhir zaman ini. Iman ada naik dan turunnya. Dan itulah yang kita risaukan, apa yang terjadi pada kita saat iman kita lemah.. Nau'zubillah...

*Teruskan berdoa kepada pencipta kita yang satu, ALLAH SWT... Sesungguhnya doa itu senjata Mukmin.

kelalaian manusia


Azan sedang berkumandang.

"Ah...jap lagilah solat. Nak abeskan baca facebook dulu".

Bebola mataku yang sebelum ini berwarna tahi cicak, hitam putih beransur-ansur bertukar menjadi bebola api. Merahnya begitu menyengat.


"Aduhhhhh...Sakitnya mata. Lenguhnya tengkuk. Lah...patutlah dah kul 4 petang. Tak sedar plak dah lama main facebook".

Dan aku pun menunaikan solat Zohor tanpa nafsu sebagai hamba. Sekadar tonggang tonggek dan memberi salam kiri kanan. Bagai kilat menyambar begitulah kepantasan aku solat dengan doa yang paling pendek. Kadang-kadang tak doa pun.

Aku minta apa dalam doa pun aku tak tahu. Cuma mulut aku terkumat kamit membaca karangan Bahasa Arab. Jasadku di atas sejadah. Roh, jiwa dan fikiranku terbang menggapai langit-langit yang indah. "Oh! Ada awek cun add aku tadi. Jap lagi nak usha facebook dialah".

Semangatnya aku.

Aku ulangi tabiat yang sangat baik ini setiap hari. Berjam-jam lamanya aku di dunia internet. Macam-macam yang aku layari. Orang kata nak jelajah dunia kena belayar di laut. Aku jelajah dunia dengan belayar di internet.Aku puas.

HAMBA APAKAH AKU?

Dunia internet. Facebook. Twitter. Blog. Agaknya ada lagi yang lebih penting daripada Allah?

Kita ini hamba. Hamba kepada Tuan yang sangat besar kuasa-Nya. Sangat tinggi kasih sayang-Nya. Dengan hanya sedikit limpahan rahmat-Nya dimasukkan ke dalam dada semua hamba-Nya. Kita mampu pula berkasih sayang sesama kita.

Mampu menghubungi antara satu sama lain dengan nikmat internet yang diberi Allah. Dia yang mencipta kita. Untuk apa?



Semata-mata hanya untuk beribadat kepada Allah. Alah mencipta dunia dan segenap perhiasannya untuk dijadikan medan tarbiyyah buat kita. Ibarat mencipta akhirat untuk tempat penghisaban amalan dan mencipta pula neraka dan syurga sebagai tempat balasan kita. Ia tempat yang kekal abadi. Yang tidak ada kematian lagi. Ia tempat terakhir perjalanan roh.

Berfacebook, berchatting dan bermain game adakah suatu ibadat untuk kita persembahkan kepada Allah?Adakah dengan komponen-komponen di dalam aktiviti ini mampu menjadi batu asas binaan mahligai di syurga kelak?

Oh! Di mana nilai kita sebagai seorang hamba di mata Allah? Tidakkah kita risau?

Seorang hamba itu hidupnya tidak dihiasi dengan bermaksiat. Hatta "bermaksiat" dengan waktu. Hatinya seringkali diservis untuk perjalanan yang jauh menuju ke padang mahsyar. Dia telah bersiap siaga dengan bekalan amalan di dunia.

Tidak ada perintah yang lebih dijunjung oleh seorang hamba Allah itu melainkan perintah Allah.

Dia merdeka daripada keterikatan kepada makhluk, hawa nafsu dan kebendaan. Kebergantungannya hanya kepada Allah yang semakin hari semakin kuat, sehingga ia mam

pu hidup berdikari dan tidak mengharap ihsan orang lain.

Cukuplah Allah sebagai penghibur hatinya. Bukan internet. Bukan game. Bukan Facebook. Bukan movie Korea. Bukan chatting.


Itulah nilai seorang hamba Allah. Makin hari makin sayang dengan Allah. Makin hari makin tenang dalam dakapan kasih sayang Allah.

Seperti dalam firman Allah SWT dalam surah As-Syams, manusia itu dikurniakan dua pilihan jalan, jalan KETAQWAAN dan jalan kefasikan. Beruntunglah yang memilih jalan ketaqwaan dan merugilah yang memilih jalan kefasikan.

wallahualam :)


sayangilah mak ayah :)


» Bila mak kata dia teringat, kita jawab kita sibuk sangat.
» Bila ayah kata dia rindu, kita jawab nantilah hujung minggu.
» Bila mak minta kita pulang, kita jawab kita belum lapang.
» Bila ayah minta kita singgah, kita jawab kerja kita belum selesai.
» Bila hati kita terguris, kita kata “Mak memang tak pernah faham”.
» Bila hati kita terhiris, kita kata “Ayah memang tak ambil kisah”


Tetapi



» Bila hati mak kita terguris, mak kata “Tak apa, dia masih muda”.
» Bila hati ayah kita terhiris, ayah kata “Tak apa, belum sampai
akalnya”.
» Bila kita menagis tanda lapar, mak berlari bagai hilang kaki.
» Bila kita merintih tanda derita, ayah bersengkang mata bagaikan tiada lena.
» Bila kita sedih kerana gagal, mak setia membekalkan cekal.
» Bila kita pilu kerana kecewa, ayah teguh berkata dia tetap
bangga. Fikir2lah

# Bagai pusingan roda... sampai masanya kita pula akan menjadi ibu atau bapa... dan anak2 kita akan melakukan apa yg pernah kita lakukan terhadap ibu dan bapa kita... dan kita akan bersabar dgn kerenah mereka sebagaimana ibubapa kita pernah lakukan kpd kia... dan begitulah seterusnya...

Sayangilah ibubapa kita...insyaAllah kita akan disayangi oleh anak2 kita pula.


Saturday, April 7, 2012

anak perepmpuan cantik yang melihat pelangi :)




Cerpen ini berdasarkan pengalaman sebenar Prof. Dr. Muhaya dalam mengendalikan pesakit mata. Namun sudah sifatnya penulisan cerpen, maka atas izin beliau yang baik hati, saya dizinkan menambahkan imaginasi saya pada pengalaman beliau.

Tidak banyak, pasti tetap ada sebibit kebahagian untuk manusia yang menatap pelangi. Itu yang saya percaya, dan itu yang semua manusia percaya. Sehinggalah pada hari itu, menatap pelangi itu memberi makna lain kepada saya. Pelangi itu bukan berkenaan bahagia tetapi berkenaan sesuatu yang membuatkan hati saya terjatuh ke daerah gusar.

Ibu.


Saya adalah ibu yang sangat bahagia. Saya fikir itulah semua perasaan ibu-ibu di dunia yang mempunyai anak perempuan yang canti
k, dan beberapa bulan sebelumnya, saya melahirkan anak yang kedua yang juga cantik. Saya berasa diangkat ke langit hanya ker

ana status saya sebagai seorang ibu yang punyai dua anak yang meneduhkan hati.

Segala-galanya terlihat sempurna, sehinggalah pada suatu hari, anak perempuan saya yang cantik itu datang menemui saya, berkata sesuatu yang saya sangkakan ba
hagia.

Pelangi.
"Ibu, mengapa saya nampak pelangi?"

"Sayang, mana ada pelangi di sini," kata saya lembut. Rambutnya yang ikal saya belai penuh kasih.


"Betul ibu. Saya nampak pelangi," katanya lagi dengan jarinya menunjuk-nunjuk sesuatu.



Lama saya memerhatikan ke arah yang dia tunjuk, namun tetap sahaja kosong. Pelangi apa yang dilihat anak saya?

"Mana?" Saya terus bertanya.

"Itu, merah, biru, hitam..."

Mendengarkan sahaja itu terus ketawa kecil dan berkata, "Anakku, pelangi mana ada warna hitam. Kamu main-mainkan ibu, ya?"

"Betul, ibu. Saya nampak pelangi. Saya nampak pelangi." Suara anak saya mula terdengar hiba, dan pelupuk matanya mula berkolam minta dipercayai.




Untuk pertama kalinya, saya diam. Apabila anak sudah meminta mahu dipercayai, saya melihat perkara itu sebagai sesuatu yang serius. Saya memandang tepat ke arah matanya. Saya meniup perlahan-lahan dan dengan senyuman madu saya berkata, "Ibu sudah tiup mata kamu. Ada lagi pelangi?"

Anak kecil yang cantik itu mengejap-ngejapkan mat
anya. Kemudiannya dia menambah dengan menggosok-gosoknya.

"Ada lagi. Ada lagi pelangi. Ibu, pelangi ada lagi." Anak kecil itu mula menangis tersedu-sedu. Resah saya sudah menggunung. Pada waktu itu saya tahu seperkara, anak saya tidak main-main. Lama saya terdiam, dan terlintas juga dalam fikiran mungkin anak saya terkena makhluk halus dan perlu bantuan bomoh. Mujur, sesaat selepas fikiran itu datang, saya kembali rasional, dan pada waktu itulah saya berjumpa dengan doktor mata itu.



Mata.
Untuk saya, semua doktor adalah sama. Mereka adalah orang yang mengubati, dan mereka adalah orang yang mengubati bukan sekadar dengan peralatan dan ubat mereka, malah dengan kata-kata, dan pada hari itu saya bertambah yakin dengan apa yang saya percaya.

"Puan, mata anak puan normal, tidak ada apa-apa masalah," kata doktor itu sebaik mata anak saya diperiksa dengan alat yang tidak saya tahu namanya.

Saya memandang anak perempuan saya yang duduk di sebelah kiri. Rambutnya saya usap sebelum berkata, "Matamu bagaimana sayang?"

"Masih nampak pelangi," kata anak saya dengan wajah hiba.

"Dia masih nampak pelangi, doktor. Doktor pa
sti mata anak saya normal?" soal saya dengan wajah khuatir.

"Ya, normal." Jawapan dan senyum doktor itu masih belum meyakinkan saya, dan saya kembali bertanya, "Jadi bagaimana dia boleh nampak pelangi."




Untuk soalan itu, doktor itu diam seketika. Sempat kembali fikiran saya membenarkan, yang anak saya itu mungkin diganggu makhluk halus.
"Berapa bulan umur bayi Puan?" soal doktor itu lembut.

Berkerut juga dahi saya mendengarkan soalan itu. Apa kaitan bayi saya dengan pelangi yang dilihat oleh anak perempuan saya?
"Lapan bulan," jawab saya tanpa meluahkan rasa sebenar hati.

Doktor itu mengangguk-angguk. Dan saya pula bertambah bingung. Saya kenal angguk itu, itu angguk yang punya jawapan, tetapi apa?

"Puan, memang mata anak Puan normal. Apa yang tidak normal adalah pada perasaannya," kata doktor itu dan membuatkan saya terkejut.

"Maksud doktor?" Kuat hati saya mengatakan doktor itu juga percaya yang anak saya diganggu makhluk halus. Sekiranya tidak, mengapa dia berkata perasaan anak saya tidak normal?

"Selama ini, anak Puan rapat dengan Puan. Saya percaya, ke mana-mana sahaja Puan pergi pasti anak ini mengikut ataupun Puan sendiri yang membawanya bersama. Itulah yang ada dalam perasaan anak ini, dia percaya yang dia akan sentiasa punya masa dengan ibunya. Masa yang tidak pernah terhad. Tetapi pada ketika Puan melahirkan anak kedua, anak ini mula berasa ada sesuatu yang tidak kena. Masa Puan yang sebelum ini bersama dia, sudah dibahagikan. Tetapi untuk anak kecil ini, itu bermaksud Puan sudah tidak punya masa dengan dia."

"Jadi?" sampuk saya segera. Entah mengapa saya berasa khuatir mendengarkan penerangan doktor itu.

"Maksud saya, anak Puan merasakan, Puan sudah tidak ada masa dengannya. Sayangnya, dia masih kecil dan anak kecil tidak tahu bagi meluahkan perasaannya. Dia cuma mengerti sesuatu perlu dilakukan bagi menarik perhatian Puan, dan dia pun mula terlihat pelangi. Dia tahu, ibunya sayangkan dia tetapi dia berasa sering dilupakan. Melihat pelangi adalah jalan bagi diingat kembali dan ia adalah jalan bagi mendapatkan perhatian," terang doktor itu, jelas dan bersungguh-sungguh.

Saya terpempan. Kata-kata doktor itu meresap ke hati. Aduhai anakku, kasihannya kamu. Hanya dengan melihat pelangi, kamu fikir dapat mendapatkan kasih sayang ibu. Anakku, kamu tidak perlu nampak apa-apa sayang, ibu sayangkan kamu. Cuma ibu yang terlupa ada kamu untuk selalu diberi masa, untuk selalu diberi perhatian.

Dan pada ketika itu jugalah saya peluk anak saya. Peluk dia kuat-kuat dengan air mata saya menitik.

"Maafkan ibu, sayang. Maafkan ibu. Ibu sayangkan kamu."

"Saya juga sayangkan ibu," balas anak saya, dan air mata saya semakin tumpah ruah.


:: sumber utama http://iluvislam.com/ ::